Total Pageviews

Wednesday, June 6, 2012

Kek Karamel

KEK KAREMEL
Resepi : Munirah Baharum

1) Gula Hangus 
Bahan :
  • 2 sudu besar gula pasir
Cara :
  1. Sediakan loyang 8 inc.
  2. Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
  3. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
  4. Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
  5. Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
  6. Ketepikan
2) Bahan Karemel
Bahan :
  • 1/2 tin susu cair - 1 cawan
  • 70g gula castor -  1/3 cawan
  • 1/2 sudu teh esen vanilla 
  • 3 biji kuning telur -
Cara :
  1. Kacau susu dan gula hingga gula larut.
  2. Kacau telur dan esen perlahan.
  3. Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
  4. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
  5. Ketepikan.
  6. Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.
  7. (Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
3) Adunan Kek Bahan 1
Bahan :
  • 70g gula kastor - 1/3 cawan
  • 3 biji telur kuning 
  • 135ml air 
  • 45ml minyak masak 
Cara :
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
  2. Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

4) Adunan Kek Bahan 2
Bahan :
  • 140 gm tepung gandum - 1 1/4 cawan
  • 1 sudu teh baking powder 
Cara :
  1. Matikan  mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
  2. Masukan  sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna
  3. Ketepikan.

5) Merinque  
Bahan :
  • 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning -
  • 70g gula castor 1/3 cawan
  • 1 sudu teh krim of tar2 
Cara :
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
  2. Pukul putih telur hingga berbuih
  3. Masukkan gula dan cream of tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
  4. Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi. - memasukkan adunan kek ke dalam meringue sedikit demi sedikit, kacau guna hand whisk perlahan2.
  5. Gaul rata secara kaup balik
  6. Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

6) Cara Menyediakan Kek Sepenuhnya...
  1. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
  2. Letakkan pewarna yang anda sukai.
  3. Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.
  4. Belang- belangkan adun
  5. Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
  6. Akhir sekali dengan satu sudu.
  7. Lorekkan atas adunan dengan lidi.
  8. Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
  9. Gunakan api bawah sahaja.

Kaedah Steam Bath 
  1. Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
  2. Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi. -guna kaedah yang gambar blog kak ita tu (dia lapik acuan tart telur di bawahnya-sebab acuan nani guna ringan dan adunan terapung2 jika tak lapik dengan lebih tinggi sedikit dari paras air)
  3. Letakkan pada rak bawah dalam oven.
  4. Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
  5. Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
  6. Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
  7. Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
  8. Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
  9. Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
  10. Kek ni juga sedap dimakan di kala sejuk.

1 comment: