Total Pageviews

Thursday, October 17, 2013

Ku Bermohon...

Haji Mabrur!! Terpana aku menonton rancangan tv malam tadi.Kaku.Tergamam mendengar ceramah yang disampaikan oleh insan yang sealiran dengan ku.Perakaunan. Malam sebelumnya pun Allah melorongkan aku untuk  mendengar tazkirah beliau. Aku terkesan.Syukur alhamdulillah kerana aku dipilih olehNya untuk merasai nikmat dan mendalami erti kesyukuran ini..Sejak sekian lama aku menanti saat ini. Mata pula tak mengantuk, sedangkan seharian aku sibuk dengan bermacam-macam hal.Balik rumah jam 2petang terus ke dapur menyediakan Cheese Tart untuk dibawa ke rumah Yati di Ipoh. Bergegas menyediakan tempahan, terus ambil Chara, dan bergegas ke Pejabat Tanah. Buat pertama kalinya untuk sekian lamanya, aku sujud pada 1/3 malam. Dalam hati penuh ketakutan tetapi aku rasa seperti berhutang sesuatu dengan Maha Pencipta, aku gagahi bangun untuk merasai nikmat alam.


Ya Allah!!!.Aku hamba yang selemah-lemah manusia.Apa yang aku buat ini semata-mata untuk Mu Ya Allah...semata-mata untuk Mu Ya Allah..semata-mata untuk Mu Ya Allah....Ampunkan dosa aku yang tak hitung banyaknya...berilah hidayah kepada kami....Ya Allah!! Permudahkan urusanku dalam menguruskan anak-anak.Semoga suamiku cepat dapat pindah..


Semoga aku terus istiqamah dalam mencari sekeping hati yang suci.