Total Pageviews

Monday, May 28, 2012

sugar paste n buttercream

BUTTER CREAMResepi : damira fotopages

Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.
Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.

  1. Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk nampak keras dan sesuai untuk di lepa dengan butter cream keluarkan dan bolehla memulakan proses untuk melepa.
  2. Sebelum meletakkan butter cream lapikkan dibawak kek dengan baking paper di potong memanjang. Buat 4-5 keping dan sisipkan disekeliling kek. ( untuk lebih jelas boleh lihat youtube yang ita sediakan)
  3. Letakkan butter cream di sekeliling kek pastikan semua bahagian kek ada butter cream. ketebalan mengikut kesesuaian.
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.

BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air

Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat

15 gm tepung jagung.

Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.

2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung
(bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.


Tips dari blog tersebut:

Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.


No comments:

Post a Comment