Total Pageviews

Sunday, June 16, 2013

Lindungilah kami Ya Allah..

Ya Allah.. Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani..Aku hanya hambaMu yang hina...kepadaMu tempat aku bermohon, merayu, merintih, mengadu dan berdoa....Tolonglah perkenankan doa aku ini...Lindungilah kami sekeluarga dari sebarang malapetaka dan musibah..Lembutkan hatinya sepertimana Nabi Daud melembutkan besi....Ya Allah...Hilangkan penyakit panas barannya..pulihkan dia dari penyakit...Tunjukkan dia jalan yang lurus....semoga Kau beri dia taufik dan hidayah. Semoga dia patuh pada perintahMu dqn rajin mengerjakan solat.....Semoga Engkau perkenankan doa kami....

Friday, March 8, 2013

Penawar Keputihan

Kepada ibu-ibu yang mengandung, pasti akan berdepan dengan masalah keputihan.

Mengapa ia terjadi?
Apabila paras gula tinggi dan menyumbang ke arah diabetes

Cara atasi?
Kalau takut jumpa doktor, cuba amalkan makan yogurt.

Kenapa Yogurt?
Yogurt mengandungi bakteria baik yang akan 'memusnahkan' bakteria jahat.

Selamat mencuba.

Saturday, March 2, 2013

sumber kolagenlaut.blogspot.com

Apa itu rumpai laut?
Sejenis tumbuhan herba yg tumbuh secara terapung di laut. byk terdapat di semporna atau sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.

Apa khasiat rumpai laut?
Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit2 kronik kerana rumpai laut mempunyai byk kandungan mineral yg diperlukan badan manusia.

Tak ada kesan sampingan ker?
Penternakan rumpai laut tdk menggunakan apa2 baja atau racun kimia. ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. maka, tiada apa2 campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan. tiada kesan sampingan.

Siapa boleh ambil rumpai laut ni?
Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak2 bawah 2thn. bagi kanak2 bawah 10 thn. hadkan pengambilan 1-2 sudu sehari shj.



Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
Kristal putih adalah garam laut. akan hilang apabila dicuci. warna rumpai laut berubah berperingkat2 tetapi jgn risau, khasiat tetap sama.


Harga rumpai laut kuning dgn ungu sama ker?
Stok yg saya jual,harga tak sama. harga stok ungu sedikit tinggi kerana sukar untuk dapatkan rumpai laut ungu dari pembekal. stok terhad dan harga dari pembekal pun lebih tinggi utk rumpai laut ungu.



Beza rumpai laut ungu dgn kuning?
Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.

Rumpai laut ungu berbau?
Ada sedikit bau tetapi bau akan hilang selepas di cuci atau di rendam.


Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?
Setahun lebih jika tdk bercampur dgn apa2 bahan atau cecair.



Bagaimana cara guna rumpai laut ni?

Kaedah pertama; rumpai laut dimasak
  • Cuci beberapa kali.
  • Rendam semalaman (lbh kurang 5-8jam).
  • Kemudian cuci lg beberapa kali.
  • rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
  • Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur.lbh kurang 20-40minit.
  • Biarkan kolagen sejuk dan simpan dlm peti ais.

Cara guna
  • Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang,bandung, dll. amalkan 3 kali sehari shj. jgn ambil minuman berkafein dan berkarbonat. jgn ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.
  • Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. amalkan 3 kali sehari. 
  • Bole sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.se eloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi.

Kaedah kedua;mkn secara mentah
  • Basuh rumpai laut beberapa kali
  • Rendam dgn air panas lebih kurang 30minit-1jam. jgn rendam terlalu lama, rumpai laut akan hancur. 
  • Kemudian, basuh rumpai laut yg telah direndam.

hadkan rumpai laut yg ingin direndam utk sehari pengambilan shj. jgn rendam terlalu byk sebab rumpai laut tk boleh di ambil dlm kuantiti yg byk. kena pandai agak2 ye.

Cara guna
  • Potong halus dan masuk kan sedikit dlm apa2 air minuman. 
  • Potong halus dan masuk kan dlm apa2 sup
  • Potong halus dan buat kerabu mangga
Rumpai laut yg tdk dimasak tidak boleh di buat masker atau sapu kt badan. kena berhati2 dgn kuantiti pengambilan. jika ambik byk boleh sakit perut dan sakit kepala. kena pandai2 agak kuantiti pengambilan ya.

Berapa byk rumpai laut sekali masak?
Terpulang pada penguna. Disini sy bagi sedikit cadangan, 
  • utk 50 gram rumpai laut + 1liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 1-2minggu 
  • utk 100 gram rumpai laut + 2liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 2-4minggu.

Klu simpan dlm peti ais sebulan, kolagen siap di masak tk rosak ker?
Kolagen siap dimasak anti kulat. tidak rosak tetapi pastikan kolagen ini tdk bercampur dgn bahan makanan yg lain. contohnya gunakan sudu yg bersih semasa scoop kolagen. jika bercampur dgn makanan yg lain, kolagen akan rosak atau basi. 

Kolagen rumpai laut yg siap dimasak klu tk simpan dlm peti ais, tak per ke?
Mesti simpan dlm peti ais.klu tidak kolagen rumpai laut akan basi atau rosak.

Bagaimana rasa rumpai laut?
Tawar dan sedikit hanyir. Utk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.bole juga rendam dgn asam keping atau tepung gandum.

Sunday, November 11, 2012

Pahit Mulut

bila dah masuk 12 minggu, aktiviti muntah dapat di kawal dari  5 kali sehari kepada 1  kali sehari. 1.Bila makan, ambil dalam kuantiti yang sangat sedikit.mungkin makan nasi untuk 3 suap sudah memadai. tak lama lepas itu, ulang makan lagi.
2.Bila kunyah, pastikan halus dan lumat. mungkin ini sebabnya, kenapa Nabi Muhammad SAW suh kita kunyah 40 kali....
3.Buat kajian, apa benda yang kita tak leh makan...Bila makan mesti muntah antaranya mee goreeng, keow teow, air gas, nasi, ayam....
4.Makan apa yang boleh diterima dek perut.yang paling boleh adalah bihun..

Sekarang ni dah masuk alahan baru pulak. PAHIT MULUT. Hanya Allah Maha Mengetahui keadaan ini. Mulut mesti sentiasa berkunyah. Kata orang, rebus asam keping samapai mengelegak, letak garam dan kumur.Jom kita cuba.

Sunday, October 14, 2012

Surah Pilihan Untuk Bakal Ibu

1. Banyak bertaubat kepada Allah s.w.t atas segala dosa yang telah dilakukan 2. Sentiasa menutup aurat mengikut ajaran Islam 3. Membaca ayat-ayat Al-Quran Surah-surah amalan ketika mengandung · Al-Fatihah dan ayat Kursi · Seluruh surah Yassin · Seluruh surah At-Taubah · Seluruh surah Yusuf · Seluruh surah Luqman · Seluruh surah Maryam

Tuesday, October 2, 2012

Alahan Sewaktu Mengandung

Memang merancang untuk anak ke3, bila Anas sambut birthday yang ke 2 tahun, kira oklah kalau nak tambah umah Nabi Muhammad S.A.W..Semua pihak menyambut baik berita ini..Tak sangka pulak, alahan kali ni  berbeza dari yang pertama dan kedua.Antara perkara yang aku heran :
1. kenapa aku tak masak even bubur cucur udang atau kek coklat?
2.kenapa aku tak buka peti sejuk?
3.kenapa aku rasa rimas dengan bau buah macang?
4.kenapa aku rimas dengan bau buah durian?
5.kenapa aku rasa sabun basuh baju kuat sangat baunyer?

Bila dah nak masuk 6 minggu, baru sahkan dengan doktor.time tu memang muka tak malu mohon mc coz dah start muntah-muntah..melepek jer..peluk bantal jer....sebekas tempat meludah memang dah siap di hujung kepala...asal makan jer, mesti muntah..muntah tuh sampai muntah hijau..nak buat apa pun malas...mandi pulak kena tutup hidung sebab tak tahan bau sabun mandi...bila gosok gigi pun rasa nak muntah bila meludah...kain sembahyang berapa kali aku tukar sebab macam bila basuh tak kena sabun, padahal tak bau apa pun.....memang teruk la.....makan ubat tahan muntah pun tak jadi apa.100plus tuh memang standby di mana2 rasa....meratah asam boi....semoga segalanya berjalan dengan lancar....