Total Pageviews

Monday, February 13, 2012

Jus Perawan + Kolagen By D herbs

Juice Perawan
Khasiat Juice Perawan D'Herbs :

1) Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.

2) Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.

3) Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).

4) Menegang & mencerahkan kulit.

5) Melambatkan proses monopous.

6) Memberikan tenaga dalaman wanita.

7) Meningkatkan sistem imunisasi.

8) Mengurangkan senggugut.

9) Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri

10) Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga.
Kandungan Juice Perawan D'Herbs:

Kacip Fatimah, Manjakani, Pueraria Mirifica, Acai Berry, Kurma, Madu, Roselle, Delima, Kolagen & Air Bertapis.

Cara penggunaan Juice Perawan D'Herbs:
1) Ambil 2 sudu setiap pagi & malam. Minum banyak air putih.

2) Tidak digalakkan bagi wanita yang sedang mengandung & ketika dalam haid.

3) Simpan di tempat sejuk selepas dibuka.

DE HERBS HEALTHY MARKETING - For Sale
{1Box } 
HARGA JUALAN RM 35.00 (SM) | RM 40.00 (SS)|  

SILA EMAIL ATAU SMS 0194764340 UNTUK  MEMBUAT PENGESAHAN PEMBAYARAN ANDA
  • NAMA PENUH
  • NO.PHONE
  • JUMLAH PEMBAYARAN
  • BANK TRANSAKSI
  • MASA TRANSAKSI

Sunday, February 12, 2012

Lolichoc Cake






Tengok kat dapur ada balance kek coklat..Apa kata kita try Lolichoc Cake.Banyak sungguh gangguan.Anas dan Amir yang memerlukan perhatian.

Monday, February 6, 2012

Minyak Berubat Herba NR

Minyak Berubat Herba by NR. Sesuai untuk baby yang perutnya mengalami kembung.

Kek Coklat SP


Kek Coklat buat sempena keberangkatan Cik Da n Ayen ke KL.Mudah disediakan.Tapi, terlebih serbuk koko.Kek ini agak moist. Bahan-bahannya:
*250 g buttetcup
1/2 serbuk koko
*1 tin susu pekat
1  sk bikarbonat
2 cawan t gandum
2 biji telur
Dibakar selama 45 minit pada suhu 180 'C.Terima kasih pada anak dara Pak Cik Halim yang sudi berkongsi resipi ini.

Nuget Ayam Anas


Ni la rupanyer Nuget Ayam Anas.....Time buat ni, Anas pun sama naik tolong ibu buat...Mudah jer buat...Kat sini, I kongsi resepi ngan u all.Bahan-bahannya:

400 gm isi ayam  yang di kisar halus
3 sudu mayo 
1 susu kecil lada sulah
 * tepung gandum secukupnya
 * serbuk roti( saya ganti ngan kelapa kering-stok ni yang ada di rumah) 
*1 biji telur
minyak masak untuk menggoreng

Pertama kali buat, nuget ni macam kering. Kena tambah mayo lebih sikit...di sebabkan adunan ni agak lembik, tak boleh nak design lebih-lebih..hanya bentuk roda dan Love aje ibu boleh buat .Nanti ibu buat lagi...Selamat mencuba.

Sunday, February 5, 2012

Elemen 5 S

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.


Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S



http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my