INNER: Cheese Cake
Topping: Bluerries Filling & Dragon Fruit
Base: Biskut Marie
Cucu-cucu Maktok
Hero Mak Tok
Just add 250g cream cheese + i cup of sugar+1 cup of yogurt + 1 egg.
Mixed them n bake in 180 'c for 50 minutes....
Good try to you all...
Total Pageviews
Wednesday, June 6, 2012
Saturday, June 2, 2012
whipping cream-zachoes
1) Non-Dairy Whipping Cream @ Fresh Cream @ Whip Topping For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream
Non-Dairy
Whipping Cream (atau juga dikenali sebagai Fresh Cream @ Whip Topping
For Cakes and Pastries @ Whipped Topping @ Whipped Cream) adalah krim
yang dibuat khas untuk hiasan kek. Ia dirumus daripada minyak sayuran
dan minyak kelapa sawit dan tidak mengandungi bahan tenusu. Ini
menjadikan ia lebih stabil, maknanya corak-corak yang dipaip menggunakan
krim ini tahan seminggu tanpa kehilangan bentuknya. Ia akan kembang
3-4x ganda dari kuantiti cecair asalnya jika dipukul, jadi jangan
dituang lebih dari 20% dari saiz mangkuk mixer anda. Ia juga
menghasilkan kuantiti yang banyak. 1 liter krim ini boleh menyalut dan
menghias 3 biji kek bersaiz 8 inci (lebih kurang 1C atau 300g krim dalam
bentuk cecair). Sebelum digunakan kotak krim harus digoncang supaya
sebati (kadang-kadang air dan krim di dalam kotak akan terpisah semasa
proses nyahbeku dari freezer) dan pukul pada kelajuan yang tinggi hingga
kembang dan gebu. [citation]
Cara guna:
Selalunya
krim jenis ini sudah ada perasa gula, jadi apa yang perlu anda lakukan
adalah colek sedikit rasa kemanisannya, tak perlu ditambah gula. Jika
tak cukup maka boleh tambah gula halus dan pukul. Jangan terlebih putar
kerana ia akan menghasilkan krim yang kasar dan sukar untuk dilepa di
atas kek. Cukup memadai jika ia kembang, gebu dan likat. Jika anda
terlebih pukul krim putar jenis bukan tenusu ini, masukkan sedikit krim
(yang masih dalam bentuk cecair) ke dalam krim yang terlebih pukul tadi.
Pukul pada kelajuan perlahan hingga krim menjadi lebih cair dan halus
(seeloknya keluarkan separuh krim yang terlebih pukul tadi dan simpan
dalam freezer untuk elak pembaziran. Guna sebanyak mana yang perlu
saja).
Mewarnakan:
Jenis
non-dairy whipping cream ini juga boleh diwarnakan sebaik saja dipukul
dengan kembang dan gebu. Ambil sedikit pewarna cecair atau serbuk (biasa
saya guna pewarna cecair) dan kacau dengan perlahan guna sudu (bagi
kuantiti yang sedikit). Simpan dalam peti sejuk sebentar untuk
'mematangkan' warna kerana dari permerhatian saya, krim yang diwarnakan
dan dibiarkan untuk sehari atau beberapa jam lebih terang dan cerah
berbanding jika digunakan terus. Ini juga dapat mengelakkan kita dari
terlebih letak pewarna dan menambahkan kuantiti cecair dalam krim. Ia
juga akan lebih mudah digunakan selepas dibiarkan dalam peti sejuk.
Penyimpanan:
Krim
yang telah dipukul sebaiknya disimpan selama sehari dalam peti sejuk.
Keesokkannya boleh gunakan untuk menghias cupcakes ataupun kek. Tips ini
supaya anda dapat krim yang lebih mantap atau juga boleh terus
digunakan. [citation] Bergantung
kepada jenama krim yang digunakan, kebanyakannya boleh tahan 6 bulan
setelah dipukul hingga gebu dan disimpan dalam bekas kedap udara di
dalam freezer (contohnya jenama Flavor Right yang biasa saya gunakan)
Walau bagaimanapun, elok jika anda tanya si penjual di kedai bakeri
supplier untuk keterangan yang lebih tepat.
Jenis/Jenama:
Antara
contoh jenama atau jenis non-dairy whipping cream/whip topping/fresh
cream yang boleh didapati di pasaran di Malaysia adalah seperti Rich's
Whip Topping (Gold Label), Red Man Whip Topping for Cakes and Pastries,
Anchor Baker's Mix Krim Putar untuk Hiasan Atas Bukan Tenusu/Non-dairy
Whip Topping, Value Pride Ready To Whip Topping, Flavor Right Premium
Dessert and Pasrty Topping, Vivo Topping Ace, Presto Toppin' Pride Ready
To Whip Topping, dan lain-lain. Jenama yang disebutkan di atas adalah
halal, insyaAllah.
Harga:
Dan
bergantung juga pada jenama, sesetengahnya lebih mudah digunakan untuk
paip hiasan atas kek dan lebih tahan pada suhu bilik berbanding yang
lain. Bergantung pada anda untuk memilih yang mana satu. Harga di
pasaran bagi 1liter whip topping antara RM10-RM12, juga bergantung pada
tempat. Salah satu tip untuk memilih whipping cream untuk hiasan atas
kek adalah lihat pada labelnya. Jika tertera perkataan 'for topping',
'whip topping' atau 'non-dairy', ia sesuai digunakan untuk hiasan.
Monday, May 28, 2012
Red Velvet Cake by Juwita
Bahan-bahan ( 1 biji )
- Kek (Sila guna penyukat khas)
- 2 1/2 cup tepung kek
- 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
- 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
- 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
- 1/2 cup butter
- 1 1/2 cup gula
- 2 biji telur pada suhu bilik
- 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
- 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
- 1 sudu kecil cuka putih
- 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
- Buttermilk
- 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
- sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
- Cream cheese frosting
- 2 buku cream cheese, dilembutkan
- 1/2 cup butter dilembutkan
- 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
- 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup
Cara-cara
- BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
- KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
- Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
- Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
- Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
- Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
- Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
- Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
- CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
- Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
- Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
Death by Chocolate Cake by Mrsdayat
Bahan-bahan ( loyang 9" )
- 2 cwn gula (kisar)
- 2 cwn tepung (ayak)
- 3 biji telur grade A
- 1 cwn koko powder
- 1 cwn susu cair
- 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
- 1 cwn air panas didih
- 1 tsp soda bikarbonat
- 1 tsp baking powder
- 1 tsp esen vanila
- **utk ganache**
- 2 cwn non dairy whipping cream
- 500g cooking chocolate
- 1/8 cwn golden syrup
- ##utk whipped cream
- 1 cwn non dairy whipping cream
Cara-cara
- tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
- pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
- masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
- masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
- last skali masukkan air panas..kacau sebati
- bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
- **utk ganache**
- dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
- bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
- tambahkan golden syrup
- ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
- ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati
- kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit
- ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit
kek pelangi
RAINBOW CAKE @ KEK PELANGI
Bahan-bahan3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Cream Cheese Frosting
Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
Cara-cara
Untuk melapis.
Bahan-bahan3 cwn tepung gandum
4 sdk baking powder
1/2 sdk garam
1 cwn butter ~ suhu bilik
2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4
5 biji putih telor ~ suhu bilik
2 sdk esen vanila
1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik
pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
- Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
- Panaskan oven pada suhu 170C
- Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
- Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
- Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
- Masukkan esen vanila
- Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
- Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung
Cream Cheese Frosting
Bahan
250 g cream cheese
120 g gula
120 g butter
Cara-cara
- Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
- Sedia untuk digunakan.
Untuk melapis.
- Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
- Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
- Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
- Letak lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.tq ita...
sugar paste n buttercream
BUTTER CREAMResepi : damira fotopages
Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air
Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.
Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Tips dari blog tersebut:
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
Bahan2nya:
200gm butter
150gm gula ising
1/2 sudu teh esen vanilla
Cara-caranya:
Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu. Adunan ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang bertutup.
- Setelah kek yang disimpan didalam peti sejuk nampak keras dan sesuai untuk di lepa dengan butter cream keluarkan dan bolehla memulakan proses untuk melepa.
- Sebelum meletakkan butter cream lapikkan dibawak kek dengan baking paper di potong memanjang. Buat 4-5 keping dan sisipkan disekeliling kek. ( untuk lebih jelas boleh lihat youtube yang ita sediakan)
- Letakkan butter cream di sekeliling kek pastikan semua bahagian kek ada butter cream. ketebalan mengikut kesesuaian.
Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHANNYA:-
Bahan A
15 gm gelatin powder yang halal
70 ml air
Bahan B
1 kg gula icing yang telah diayak
1 biji putih telur
50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat
15 gm tepung jagung.
Cara-caranya.
1. Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas) dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Tips dari blog tersebut:
Sekiranya tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.
Subscribe to:
Posts (Atom)