Total Pageviews

Monday, February 6, 2012

Kek Coklat SP


Kek Coklat buat sempena keberangkatan Cik Da n Ayen ke KL.Mudah disediakan.Tapi, terlebih serbuk koko.Kek ini agak moist. Bahan-bahannya:
*250 g buttetcup
1/2 serbuk koko
*1 tin susu pekat
1  sk bikarbonat
2 cawan t gandum
2 biji telur
Dibakar selama 45 minit pada suhu 180 'C.Terima kasih pada anak dara Pak Cik Halim yang sudi berkongsi resipi ini.

Nuget Ayam Anas


Ni la rupanyer Nuget Ayam Anas.....Time buat ni, Anas pun sama naik tolong ibu buat...Mudah jer buat...Kat sini, I kongsi resepi ngan u all.Bahan-bahannya:

400 gm isi ayam  yang di kisar halus
3 sudu mayo 
1 susu kecil lada sulah
 * tepung gandum secukupnya
 * serbuk roti( saya ganti ngan kelapa kering-stok ni yang ada di rumah) 
*1 biji telur
minyak masak untuk menggoreng

Pertama kali buat, nuget ni macam kering. Kena tambah mayo lebih sikit...di sebabkan adunan ni agak lembik, tak boleh nak design lebih-lebih..hanya bentuk roda dan Love aje ibu boleh buat .Nanti ibu buat lagi...Selamat mencuba.

Sunday, February 5, 2012

Elemen 5 S

Konsep 5S mula diperkenal di negara Jepun pada awal tahun 1980an. Tujuannya menjadikan tempat kerja selesa dan kemas.

Kejayaan pelaksanaan Program 5S di negara itu, terutama dalam sektor perindustrian, telah membawa kepada penggunaannya secara meluas di seluruh dunia pada hari ini. Di Malaysia, konsep itu mula diperkenal pertengahan tahun 1980an dan telah dipraktikkan dalam sektor swasta terutama syarikat-syarikat multi-nasional.

Mengapa Perlu 5S?

Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun dan bersistem. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi.

Amalan 5S juga merupakan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai ‘Kaizen’ dalam Bahasa Jepun.


Pertama -Mengamalkan Seiri (Sisih)
Menyisih dan membuang barang yang tidak perlu di tempat kerja.

Kedua -Mengamalkan Seiton (Susun)

Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah untuk diambil dan disimpan semula selepas digunakan.
Tempat simpanan boleh diakses oleh semua kakitangan.
Barang atau dokumen yang paling kerap digunakan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Semua tempat dokumen atau barang diberi label.
Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan.

Ketiga – Melaksanakan Seiso (Sapu)

Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan
Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan
Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan,semak dan betulkan
Buat dengan kerjasama semua kakitangan

Keempat – Melaksanakan Seiketsu (Seragam)

Apabila tiga konsep di atas dilakukan akan wujud penyeragaman
Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan

Kelima -Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)

Audit dalaman 5S dilakukan secara berterusan
Melantik orang yang bertanggungjawab untuk kawasan tertentu
Memberi hadiah atau penghargaan bagi kumpulan yang berjaya mengamalkan 5S



http://www.tabung-baitulmal-sarawak.org.my

Saturday, February 4, 2012

Jadual Pembayaran Gaji Bagi Penjawat Awam 2012

BULAN TARIKH
PEMBAYARAN
HARI CATATAN
Januari 16 Januari 2012 Isnin Tahun Baru Cina 23 & 24 Jan 2012
Februari 23 Februari 2012 Khamis
Mac 22 Mac 2012 Khamis
April 25 April 2012 Rabu
Mei 23 Mei 2012 Rabu Pesta Menuai 30 & 31 Mei 2012
Jun 25 Jun 2012 Isnin Hari Gawai 1 & 2 Jun 2012
Julai 25 Julai 2012 Rabu
Ogos 13 Ogos 2012 Isnin Hari Raya Puasa 19 & 20 Ogos 2012
September 25 September 2012 Selasa
Oktober 22 Oktober 2012 Isnin Hari Raya Haji 26 Oktober 2012
November 6 November 2012 Selasa Deepavali13 November 2012
Disember 18 Disember 2012 Selasa Hari Krismas 25 Disember 2012
Pekeliling jadual gaji 2012 SBPA ini anda boleh rujuk di sini, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Akhirnya kakitangan awam sudah boleh merancang kewangan mereka setiap bulan bermula daripada sekarang. Dalam keadaan sekarang ini, perancangan sangat penting ketika berbelanja.
Walaubagaimanapun, berita jadual gaji 2012 SBPA bagi kakitangan awam ini boleh dijadikan rujukan awal kerana jika ada keperluan kemungkinan ada pindaan di masa akan datang.

Monday, December 5, 2011

Puding Karamel

 Buka peti ais pagi-pagi buka, terus ku cari Puding Karamel.Terkejut.Tinggal setengah.Sebenarnya, puding ini memang dibuat untuk meraikan tetatmu yang hadir, jadi tak hairanlah kalau tinggal setengah.Ini lah hasilnya. Bila dimakan sejuk sangat sedap.

Sunday, November 27, 2011

Pembela Agama....

Aku baru sahaja selesai membaca buku mengenai Imam Syafie dan Bilal B Rabah.Olahan yang amat menarik dan mudah di fahami. Terdetik dalam hati kecil ku ini, semoga anak-anakku boleh memjadi pembela agama agung. Maka, 30 Minit Bersama Ustaz Don adalah rancangan kegemaranku.Memandangkan ia bersiaran pada jam 10.30 malam setiap Isnin, Selasa dan Rabu, aku selalu terlepas sebab masuk tidur awal.Maklum sajalah, perlu bangun awal.
Aku mula mengenali Ustaz Don ini sewaktu beliau bersiaran pada Ramadhan 1432 Hijrah.Semoga, zuriatku setidak-tidaknya dapat  jadi seperti beliau. Amir memang mengenalinya. Tapi, Amir nak jadi polis.Wallahuallam....

Sewaktu aku menjalan kelas tambahan sebab waktu itu, UPSR hanya beberapa hari sahaja. Aku pesan pada murid-murid" Kelas tambahan hari ini akan bermula  setengah jam awal kerna cikgu nak balik awal sebab nak tengok Ustaz Don di TV Alhijrah".....Hihihi.....

(Farouq dan kawan-kawannyer naik muntah jawab soalan Matematik...Akhirnya, kejayaan milik anda semua...)

I have to work out...

Berat badan ku bertambah bagai di pam2 semenjak aku berulang alik ke tempat kerja baru. Tensionnyer. Azam baru.Akan ku berdiet semula demi kebaikan aku jua.