2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
1/2 cup butter
1 1/2 cup gula
2 biji telur pada suhu bilik
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
1 sudu kecil cuka putih
1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda
Buttermilk
1 cup (240 ml) susu kotak full cream
sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon
Cream cheese frosting
2 buku cream cheese, dilembutkan
1/2 cup butter dilembutkan
1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup
Cara-cara
BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan
biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4
cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang
sesuai.
KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9
inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170
darjah celsius.
Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk
penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil,
gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang
tidak berketul.
Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan
gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan
esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula
sambil memukul.
Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada
tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul
rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul
dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
Campurkan cuka
dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2
campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan
bakar.
Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30
minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah
bersih, keluarkan dari oven.
Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus,
perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek
yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi
sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang
rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.
tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
last skali masukkan air panas..kacau sebati
bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. bule juga kukus slame lebih kurang 1 jam
**utk ganache**
dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream
bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc. kacau sebati
tambahkan golden syrup
ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sjuk
##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai
muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr
langkah sblum ini. kacau sebati
kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped
cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu
hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih
kurang 30 minit
ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn
ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step 11).simpan semula dlm
peti lebih kurang 30 minit
Bahan-bahan3 cwn tepung gandum 4 sdk baking powder 1/2 sdk garam 1 cwn butter ~ suhu bilik 2 cwn gula castor ~ ita guna 1 3/4 5 biji putih telor ~ suhu bilik 2 sdk esen vanila 1 1/2 cawan susu segar ~ suhu bilik pewarna - oren, merah, kuning, biru, ungu dan hijau
Cara-cara
Sediakan loyang 8 inc ~ kalau boleh 3 loyang.Sapu loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan baking paper. sapukan juga baking paper dengan butter
Panaskan oven pada suhu 170C
Ayakkan tepung, baking powder dan garam ~ ketepikan
Dalam bekas mixer pukul butter dan gula sampai kembang dan gebu atau butter bertukar warna putih .
Masukkan telur putih dan pukul lagi sampai gebu dan ringan
Masukkan esen vanila
Kemudian slowkan yang paling perlahan sekali, mixer, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar
Boleh juga guna spatula dan guna kaedah kaup balik.
*Tepung kena berselang seli dengan susu. Mulai dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga. maksunya : tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu dan akhir mesti tepung Cream Cheese Frosting
Bahan 250 g cream cheese 120 g gula 120 g butter
Cara-cara
Pukul semua bahan dengan mixer sehingga ringan dan gebu.
Sedia untuk digunakan.
Untuk melapis.
Mulakan dengan satu lapis kek mengikut warna kegemaran.
Sapu sedikit cream cheese diatasnya dan ratakan.
Dengan menggunakan pengayak ayak serbuk coklat siatas laisan cream cheese tadi.
Letak
lapisan kek yang berwarna lain pula diatasnya dan ulang stepa ini
hingga habis. Setelah lapisan yang terakhir jangan ayakkan serbuk coklat
sebaliknya buat lapisan cheam cheese agak tebal dan kemaskan kek dengan
menyapu keseluruhan cream cheese tadi disekeliling kek.tq ita...
Cara-caranya: Campurkan kesemua bahan dan pukul dengan mixer hingga adunan kembang dan gebu.Adunan
ini siap sedia untuk digunakan. Adunan ini boleh disimpan dalam peti
sejuk jika tidak digunakan tetapi hendaklah disimpan dalam bekas yang
bertutup.
Setelah kek yang disimpan
didalam peti sejuk nampak keras dan sesuai untuk di lepa dengan butter
cream keluarkan dan bolehla memulakan proses untuk melepa.
Sebelum
meletakkan butter cream lapikkan dibawak kek dengan baking paper di
potong memanjang. Buat 4-5 keping dan sisipkan disekeliling kek. ( untuk
lebih jelas boleh lihat youtube yang ita sediakan)
Letakkan butter cream di sekeliling kek pastikan semua bahagian kek ada butter cream. ketebalan mengikut kesesuaian.
FONDANT PASTE / SUGAR PASTE Kita gunakan fondant ini untuk membentuk sesuatu corak dengan tangan atau pun pencetak.
BAHAN-BAHANNYA:- Bahan A 15 gm gelatin powder yang halal 70 ml air
Bahan B 1 kg gula icing yang telah diayak 1 biji putih telur 50 gm glucose ( liquid) cecair yang sangat likat 15 gm tepung jagung.
Cara-caranya. 1.
Campurkan bahan A ke dalam bekas yang tahan panas dan biarkan ia
kembang selama lebih kurang 2 minit. Kemudian double boilkan bekas itu
untur mencairkan gelatin tersebut.
2. Campurkan kesemua Bahan B
dan campurkan Bahan A yang telah cair tadi. Pukul dengan mixer pada
kelajuan sederhana hingga menjadi doh yang lembut. Sapukan tangan
dengan tepung jagung (bukan dari sukatan di atas)dan uli doh tersebut bagi mengelakkan ia melekit. Doh tersebut sudah sedia untuk dibentuk.
Tips dari blog tersebut: Sekiranya
tidak mahu digunakan terus, simpanlah di dalam plastik supaya tidak
terdedah pada udara yang boleh membuatkan ianya keras. Jangan simpan
didalam peti sejuk. Ianya tahan untuk jangkamasa lebih kurang
seminggu.Sekiranya doh telah menjadi keras sedikit, ulilah semula untuk
melembutkan doh tersebut. Sekiranya kita hendak mewarnakan fondant
tersebut letaklah pewarna makanan yang dikehendaki dan ulilah fondant
tersebut hinggalah warnanya sekata. Canai nipis dan cetaklah dengan
corak yang dikehendaki untuk membentuk gubahan yang kita mahukan. Bagi
mencantumkan kepingan kepingan fondant ini kita kena gunakan royal
icing supaya kepingan2 tersebut boleh melekat. Fondant yang telah
dibentuk dengan pelbagai bentuk bunga/corak boleh disimpan lama lebih
kurang setahun. Tidak perlu simpan dalam peti sejuk.